PUTRAJAYA: Peranan Duta Besar Republik Czech, Duta Besar Ireland dan Pesuruhjaya Tinggi British banyak membawa implikasi positif terhadap negara, khususnya dalam aspek hubungan dua hala.
Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin menyifatkan Pesuruhjaya Tinggi British Ke Malaysia, Charles Hay, Duta Besar Republik Czech, Milan Hupcej dan Duta Besar Ireland, Hilary Reilly masing-masing meninggalkan legasi penting terhadap masa depan negara.
Menurutnya, komitmen yang tidak berbelah bahagi serta dedikasi yang tinggi memantapkan lagi hubungan antara Malaysia dan negara-negara berkenaan.
“Sebagai contoh, hubungan dua hala antara Malaysia dan Republik Czech membawa kesan positif terhadap pelbagai bidang meliputi perdagangan, pendidikan, serta aspek pertukaran budaya.
“Sejak kebelakangan ini, pertumbuhan ekonomi melibatkan kedua-dua negara juga semakin pesat apabila merekodkan jumlah perdagangan sebanyak RM4.76 juta,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan Perpisahan bersama tiga duta besar berkenaan di sini semalam.
Sementara itu, Malaysia dan United Kingdom juga katanya, menunjukkan hubungan diplomatik yang terus berkembang positif.
Perkara itu dapat dilihat menerusi hubungan mesra ketika kunjungan Yang di-Pertuan Agong bersama keluarga diraja negara berkenaan.
Manakala jumlah perdagangan Malaysia dan United Kingdom pula mencatat peningkatan sebanyak 2.4 peratus bagi tahun lalu.
Dalam pada itu, Mohamad juga turut memuji hubungan baik antara Malaysia dan Ireland yang membawa impak positif terhadap pembangunan pelbagai sektor.
Ini meliputi aspek perdagangan, pelaburan, pendidikan dan pelancongan.
Hilmi Malik
Thu Jul 13 2023
Mohamad (empat, kiri) hadir pada majlis perpisahan Duta Besar Ireland Hilary Reilly, Pesuruhjaya Tinggi UK Charles Hay dan Duta Besar Czech Republic Milan Hupcej di Kuala Lumpur pada Khamis. - Foto Facebook Datuk Mohamad Alamin
Ambil pengajaran ziarah Bukit Uhud
Patuh kepada pemimpin, ketua antara pengajaran diambil jemaah haji Malaysia semasa membuat ziarah luar di Bukit Uhud di Madinah di mana dalam konteks semasa, kepatuhan kepada pemimpin berupaya memastikan segala urusan berjalan lancar.
Kejayaan calon PH bukti semangat kekitaan yang erat dalam Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
"DAP banyak bantu calon BN dalam PRK sebelum ini, tidak salah jika UMNO membalas budi yang telah ditabur oleh mereka."
Kemenangan PH di KKB ‘tripple happiness’ buat Kerajaan Perpaduan - Fahmi
Kemenangan Pakatan Harapan pada PRK Kuala Kubu Baharu disifatkan sebagai triple happiness atau kegembiraan tiga kali ganda buat Kerajaan Perpaduan.
Pemimpin UMNO perlu teroka pendekatan baharu - Ahmad Zahid
Pemimpin UMNO juga perlu menjadi peneraju dalam pemikiran rakyat bagi mengekang fitnah yang dilemparkan oleh pihak tertentu.
Emir Kuwait bubar Parlimen yang dipilih sebulan lalu - Dekri
Emir Kuwait, Sheikh Mishal Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, pada petang Jumaat mengeluarkan dekri membubarkan Parlimen yang dipilih pada awal April.
Perak berjaya tanam semula 7.88 juta pokok setakat ini - MB
Perak tanam 7.88 juta pokok setakat ini melebihi sasaran enam juta yang ditetapkan kerajaan Persekutuan melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025.
Pulau Pinang sasar tarik 150,000 bakat dalam lima tahun akan datang
Pulau Pinang komited untuk memupuk persekitaran yang kondusif terhadap inovasi teknologi.
Angkasa sedia bantu PIBG sekolah rendah tubuhkan koperasi
Angkasa bersedia membantu kira-kira 7,780 PIBG di peringkat sekolah rendah kebangsaan seluruh negara bagi menubuhkan koperasi.
RM7 juta diperuntukkan naik taraf 38 tamu desa di Sabah - Ewon
Peruntukan berkenaan adalah untuk pelaksanaan fasa pertama Projek Tamu Desa di negeri itu.
Angka korban hujan ribut, banjir di Afghanistan cecah lebih 330
Di wilayah Baghlan saja, lebih 300 maut dan lebih 1,000 kediaman dilaporkan musnah.
Insiden tembakan di universiti di Prague, semua 14 mangsa dikenal pasti
Bukti menunjukkan lelaki itu adalah pelaku yang sama dalam kes pembunuhan di hutan Klanovicky berhampiran Prague seminggu lalu.
Negara hargai sumbangan tiga Duta Besar ke Malaysia - Mohamad
Komitmen yang tidak berbelah bahagi dan dedikasi yang tinggi memantapkan lagi hubungan antara Malaysia dan negara-negara itu.
Petr Pavel presiden baharu Republik Czech
Pavel, bekas anggota tentera payung terjun, memenangi pilihan raya berkenaan setelah mendapat 58.3 peratus undi.
Minyak sawit Malaysia tembusi pasaran baharu dengan penerimaan global lebih besar - Zuraida
Minyak sawit Malaysia berjaya menembusi pasaran global baharu terutamanya di tiga negara iaitu, Estonia, Republik Czech dan Hungary.
Republic Czech dipilih ganti Rusia sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia PBB
Republik Czech dipilih menggantikan Rusia untuk baki penggal tiga tahunnya yang berakhir pada 31 Dis 2023.
Timbalan Menteri Luar adakan lawatan kerja ke Republik Czech, Austria, Poland dan Perancis
Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar akan mengadakan lawatan kerja ke Republik Czech, Austria dan Poland bermula hari ini hingga 21 Feb.
Sekatan COVID-19: Kewajipan sijil vaksinasi ditarik semula di Republik Czech
Perdana Menteri Petr Fiala berkata, kerajaan akan mengumumkan beberapa lagi kelonggaran dalam bulan ini.
Rekod baharu kebangsaan dalam dewan Nauraj belum rasmi - Mohd Manshahar
Namun, dari segi teknikal catatan tersebut telah melepasi rekod kebangsaan lompat tinggi dalam dewan sebelum ini.
COVID-19: Republik Czech hadapi peningkatan mendadak
Negara itu merekodkan 13,502 kes baharu pada Khamis.
Jaringan jarak jauh gemilang Schick diundi gol terbaik Euro 2020
Gol kedua dalam kemenangan 2-0 di Hampden Park 14 Jun lalu terhasil hampir dari jarak setengah padang.